Saya, En. Wong Kok Yin, seorang Guru Cemerlang Matematik Tambahan dengan kelulusan Sarjana Muda Pendidikan (Sains) (Kepujian) Universiti Sains Malaysia pengkhususan dalam Matematik. Saya kini mengajar di SM Teknik Alor Setar dengan memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik Tambahan.


Dilahirkan di Alor Setar dan mendapat pendidikan awal di SRK Tunku Abdul Halim, Alor Setar selama 5 tahun (kelas ekspres). Kemudian melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar untuk 3 tahun. Meneruskan pelajaran menengah atas di SM Teknik Alor Setar dalam jurusan Kejuruteraan Awam sehingga tamat tingkatan 6 (kumpulan perintis).

Memulakan kerjaya sebagai pendidik di SMK Syed Sirajuddin, Jejawi selama 3 tahun diikuti dengan SMK Seri Gunong, Alor Setar (1 tahun), SM Vokasional Jalan Stadium, Alor Setar (4 tahun), SMK Penang Free (1 tahun) dan SM Teknik Jalan Stadium, Alor Setar (16 tahun). Memohon tukar ke SM Teknik Alor Setar dalam tahun 2009 setelah pengambilan pelajar aliran teknik diberhentikan dan Matematik Tambahan tidak ditawarkan lagi.

Sebagai seorang bekas pelajar SMTAS, tibalah masa untuk mencurahkan balik kepakaran yang saya ada untuk membantu pelajar sekolah ini ke arah pencapaian prestasi yang cemerlang. Kalau bukannya guru-guru saya dahulu di SMTAS, maka saya tidak menjadi seperti sekarang. Jasa dan bakti mereka yang kesemuanya sudah bersara sekarang akan saya sentiasa ingati sepanjang masa. Oleh itu, saya merayu agar semua pelajar SMTAS supaya memberi sokongan padu kepada saya untuk melonjakkan nama SMTAS sehingga menjadi SMT nombor Satu di Malaysia!